Total Pageviews

Thursday, September 13, 2012

HOMEMADE CHOCOLATE


Beli chocolate yang kat dalam gambar tu ikut flavour masing2.  saya beli chocolate biasa je.  Chocolate ni boleh dapat kat semua kedai bakery. saya beli kat SSF cheras.  Nak inti apa beli la sekali ya.  saya beli rice bubbles ngan hazelnuts. Oh ya mould dia pun jgn lupa. saya beli yang simple je sebab first attempt kan, tak nak beli yang mahal2. yang ni RM3.50 je kut.


MOULD

Pecahkan chocolate kepada bahagian kecil2.  Cairkan chocolate yang dipecahkan diatas api dengan cara double boiler.  Api sederhana dan kacau selalu ya.  Kalau dah cair tutup api dan ketepikan. Pastikan peralatan yang diguna tiada air dan tiada air kena pada chocolate ya.  selepas diketepikan boleh la masukkan rice bubles.  Kacau rata sehingga semua sebati.  Kemudian sendukkan adunan tu ke dalam mould.  kalau nak tambah kacang ke boleh la letakkan dalam mould tu.  saya tabur kacang hazel yang telah dihancurkan.



Lepas dah siap.  goyangkan sikit atau ketukkan supaya adunannya padat.   kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 15 minit atau hingga keras.  Kemudian keluarkan dari mould tu dan masukkan dalam bekas kedap udara.  Boleh disimpan di suhu bilik sahaja tak perlu simpan dalam peti sejuk.


2 comments:

  1. Hello TLA...thank you very much for giving me the link to your eggless butter cake!!! I guess I tried it before with condensed milk...not sure from which site.

    You have a yummy space here...and those chocs! Mouthwatering ;)

    ReplyDelete