Total Pageviews

Tuesday, February 28, 2012

BUBUR SUM SUM


Bubur sum sum ni saya kenal pun melalui kawan saya Haniza Ahmad.  Masa dia duk Kedah (sekarang dh pindah KL) selalu ckap 'aku buat bubur sum sum'.  Dalam hati apa benda bubur sum sum ni, macam mana rupa dia. Pastu lepas pindah sini adalah dia bagi rasa bubur ni. SEDAP.

Masa g cuti kat SUNGKAI hari tu, cafe situ serve dessert bubur sum sum. First time pulak marido try...suka sangat la pulak.  Dia kata sedap la tak pernah makan la bubur cam ni.

Pastu mek pun dah lupa. Semalam tengah2 borak2 pasal lepat pisang (fav marido jugak ni) teringat pulak bubur sum sum.  Apalagi cari resepi kat internet.  Ada banyak version, saya ambik yang mudah je.  First time buat terus jadi.  Rugi kalau tak cuba.  Bahan pun sikit n cara buat pun senang sangat. JOM LAYAN....

Bahan2:-

1 cawan tepung beras
3 cawan santan
secubit garam
daun pandan
2 sudu besar brown sugar
1 sudu gula pasir
sedikit warna hijau (optional)
3 sudu besar air

Cara Membuat:-
Masukkan tepung beras dan santan ke dalam periuk (kalau guna non stick lagi bagus).  Buka api perlahan, kacau hingga adunan tepung beras ni jadi pekat n berkilat2( boleh letak warna hijau kalau nak). Masukkan garam. (kira adunan ni rasanya masin2 sikit).  Kalau disenduk adunan tak cair n tak jatuh maksudnya dah masak la tu.  Tutup api.  Letakkan dalam bekas kecik2 or dalam mangkuk.  Dalam pan lain masukkan gula pasir, brown sugar n daun pandan.  Masukkan 3 sudu air.  Kacau sehingga gula larut. Tutup api.  Masa nak makan tu tuang la air gula tu ke atas bubur tadi.  Boleh dimakan panas atau sejuk.

Monday, February 20, 2012

CHICKEN MAYO TOAST


Ingredients:
Bread
Butter for spreading
minced chicken
mayonese
mil
egg
pepper
salt
Method

Simple je nak buat toast ni.  Rebus minced chicken. Pastu minced chicken tu mix ngan mayo, pepper n lime juice.  kalau tak de lime juice, apple cider vinegar pun boleh. Ketepikan.

Toast all d breads.
Apply butter.  Then apply d chicken mayo.

Now put another bread on top n cover.  Potong semua tepi2 then cut into shape that u want.  Tak kisah lah triangle or square.


Now crack 2 eggs into a wide shallow bowl. Whisk with a fork, add the milk and very little salt n black pepper.


Heat the oil with a little butter in a frying pan. Briefly dunk the sandwich into the egg mix to coat both sides well. Hold over bowl so excess drops in.


Fry the sandwich in a pan for 3-4 minutes until each side is golden brown. Now Chicken Mayo toast ready to eat.


Friday, February 17, 2012

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS, SUNGKAI, PERAK

Hi all...sorry lama tak update blog...malas malas malas tu la alasan sebenarnyer. anyway skrg dh terbit rasa rajin...i wan to share my experience staying in dis place. I get to knw abt dis place melalui GROUPON. Dia buat promotion RM130 w/out bfast.  Mek ni memang malas nak bgn pagi awal semata-mata for breakfast. Kalau kita deal directly wth hotel RM180 inclding bfast for 2.

Inila chalet yang kita orang tinggal...cantik pemandangan sekeling dia. Mana2 kita pandang hijau je. Keistimewaan tempat ini ialah hot spring.  Banyak kolam air panas.  ada kolam yang kita boleh merebus telur. Ada kolam air panas ngan reflexologi. Ada juga kolam yang supply air terjun. sangat2 bes.


Di sini ada 3 cafe kita boleh menjamu selera TEMPAYAN CAFE, RUMBAI ke RAMBAI (lupa) dan MERANTI.  Tempayan ni tutup pukul 4.00 Petang yang lain tu malam buka.  Menu2 dia simple je tapi rasa ok la not bad.

Mereka juga ada menyediakan private jacuzzi so kalau g ramai2 boleh la share2 bayar. klu setakat 2 orang sya rasa tak berbaloi la.

untuk maklumat lanjut :-
www.feldatravel.com.my