Hari tu meet up ngan gegirls Su n Tni kat midvalley. Makan kat Oasis food court. Order la Tauhu goreng ngan Sos Thai. Kami bertiga suka sangat tauhu yang sedap ni.. apalagi mek pun try la search internet ..tapi semua guna macam2 bahan. Last2 Mek terfikir apa kata kita buat Sos Thai yang simple jer. So nilah hasilnyer.
Bahan-bahan:
Sos Thai 3 Sudu makan
Perahan 2 biji limau kasturi
Perah air limau ke atas sos thai n kacau. Ketepikan
Bahan-bahan:
Bawang 1 biji
Daun bawang
Cili Padi 1 biji
Hiris nipis bawang, daun bawang n cili padi. kacau. Ketepikan
Bahan-Bahan:
Tauhu lembut
Garam secukupnya
Goreng tauhu hingga masak. Jangan goreng terlalu lama kerana ia akan keras. Akhir sekali tuang sedikit sos dan tabur campuran bawang, daun bawang dan cilipadi.




No comments:
Post a Comment